Pengakuan 700 Orang Yang Gagal Mulakan Bisnes
Pada Mac 2014, saya survey lebih 700 orang tentang apa masalah utama mereka mahu mulakan bisnes.
Saya kumpul dan susun balik semua ‘luahan perasaan’ mereka, dan telah simpulkan kepada 5 pengakuan utama.
Ini senarai kebanyakan masalah mereka.
Saya juga telah sediakan jawapan saya secara terperinci, supaya anda boleh jadi orang yang berjaya mulakan bisnes, tanpa mengambil masa terlalu lama.
Ini senarainnya..
“1. Saya Takda Modal”
Siapa kata nak mula bisnes perlu ada modal?
Jika anda benar-benar mahu mulakan bisnes tanpa modal, anda perlu fikir sejenak untuk jawab soalan ini:
“Apa yang aku ada sekarang, yang aku boleh guna?”
Ingat. Objektif anda adalah buat duit.
Bukan buat kedai.
- Mungkin anda ada kuali, dapur gas, minyak dan tepung
- Anda ada mak atau makcik. Minta mereka tunjuk cara masak chakuay
Letakkan depan rumah anda, dan goreng!
Jiran-jiran yang baru pulang kerja sudah tentu lapar, penat dan mahu ngap! Kalau tiada orang yang beli chakuey anda, adakah anda rugi apa-apa? Tak adalah sangat, kan?
Buat permulaan, fokus pada mencari pelanggan yang lapar!
(anda tidak perlu kedai, pekerja, sign board, business card, facebook page, website sebelum mencari pelanggan pertama anda)
Ada banyak cara-cara lain untuk memulakan bisnes tanpa modal. Baik dari segi produk fizikal, atau produk digital, mahupun service. Jika anda masih berfikir yang anda perlu modal, ia cuma halangan yang anda sendiri letakkan di depan mata.
Anda sedang sabotaj diri sendiri.
“2. Saya Masih Tak Cukup _____”
Yang paling popular adalah tak cukup ilmu.
Semua seminar sudah masuk. Semua ebook sudah beli.
Tapi, eh? Belum cukup lah! Kena belajar lagi, baru berani.
Antara short-cut untuk bisnes terus meletup, adalah buat benda yang anda memang dah tahu. Contohnya kalau anda memang pandai buat kek, mungkin anda boleh fikir-fikirkan untuk:-
- buka bisnes bakery
- buka kelas memasak kek
- buka kelas memasak kek untuk kanak-kanak
Tak perlu anda belajar buat kek. Yang perlu anda belajar adalah buat sedikit marketing.
Tapi marketing pun anda tak perlu segala tok nenek ilmu marketing.
Cukup sekadar anda gantung banner di depan taska-taska untuk mulakan kelas memasak kek untuk kanak-kanak!
Gantung 2 atau 3 banner dulu di depan 2 atau 3 taska.
Kalau tiada sambutan bagaimana?
Mungkin ibu bapa tak berminat untuk hantar anak mereka ke kelas bakery.
Bagus.
Sekurang-kurangnya kita dah belajar sesuatu tanpa perlu laburkan terlalu banyak masa, tenaga dan modal.
Tapi, perlukah anda beli 5 ebook dan masuk 10 seminar untuk belajar cara nak gantung banner?
Saya rasa tidak!
Sahabat saya, seorang jutawan muda, Tuan Zukermi mahu mulakan bisnes online dulu.
Tapi beliau tiada laptop! Usahkan laptop, dalam poket cuma ada RM2.
Ada produk sendiri? Heh, apatah lagi. Kirim salam!
Tapi beliau berfikir…
“Apa yang aku ada sekarang, yang aku boleh gunakan?”
Beliau ada RM2. Beliau masuk cybercafe, dan buat promosi produk dropship.
Kemudian…
Kemudian…
Yeeha, dan dapat buat jualan!
Ini satu lagi cerita.
Consultant dan business strategist saya Tuan Bukhari Ramli memulakan service consulting sejak beliau menuntut ilmu di Australia lagi.
Masa itu, beliau tiada syarikat.
Tiada bisnes kad.
Tiada website.
Dan beliau melayu mahu menjadi ‘consultant’ di negara “mat salleh”.
Bulan pertama, beliau untung AUD3,000!
Malang sekali, saya pula tidak sebijak dua sahabat saya ini.
Saya juga memulakan bisnes consulting.
Saya fikir..
“Eh consultant mesti la kena ada pejabat! Kalau orang tanya, malu lah nak jawab tak ada office!”
Jadi saya pun buka pejabat.
Alhamdulillah, saya dah dapat pelanggan.
Bisnes bergerak lebih laju dari yang mampu saya tanggung.
Malangnya tidak ada seorang pun pelanggan yang tanya di mana pejabat saya!
Dan saya buat kerja saya di rumah saja. Dan kerja saya tidak memerlukan saya berada di pejabat.
Yang paling bodoh adalah, saya bukannya suka bekerja di pejabat pun!
Pejabat saya sudah 3 bulan kosong.
Penting lah sangat pejabat saya tu!
Shhhyyy. Dengar tak?
Itu lah bunyi cengkerik di pejabat saya yang tidak berpenghuni itu.
Takpa. InsyaAllah saya fikirkan sesuatu nanti.
“3. Saya Tak Pandai Marketing”
Tak boleh disangkal – ilmu marketing penting.
Anda wajib ada ilmu marketing.
Tapi tak bermakna anda perlu belajar semua ilmu marketing sekarang!
Ilmu marketing untuk buat RM2,000 berbeza dengan ilmu marketing untuk buat RM500,000.
Yang jadi isu adalah bila kita selalu rasa macam “perlu belajar” lagi dan lagi dan lagi.
Kalau asyik belajar.. bila nak bisnes? Cukup sekadar anda tahu ilmu marketing untuk menjana RM2,000.
Bila sudah capai RM2,000 sebulan, baru upgrade ilmu marketig RM20,000 sebulan pula.
Relax. Step by step saja.
Jadi apa ilmu marketing yang perlu tahu utk buat RM2,000?
Anda pasti terkejut.
Tak perlu tahu banyak sangat pun.
4. “Saya Mudah Patah Semangat”
Beberapa hari sebelum saya tulis artikel ini, saya bersama isteri saya makan di restoran Ikan Bakar di Kelana Jaya.
Kami didatangi dengan seorang pakistan yang datang menjual barang.
Asalnya saya tidak mahu melayan. Orangnya pun seperti malu-malu.
Tapi ada sesuatu di air mukanya yang buat saya izinkan dia menjual.
Mula-mula, beliau jual bahan seni tulisan Al-quran.
Beliau jadi bersemangat bila saya bagi peluang.
Penuh dedikasi beliau bercerita tentang produknya.
Satu persatu beliau tunjukkan pada saya walaupun banyak barang di tangannya, dan sukar beliau mahu bergerak.
Saya bersetuju untuk beli.
Selepas saya bayar, saya tanyakan khabar beliau.
Barulah beliau bercerita, sebenarnya dia sedang susah hati. Dia miskin dan ibunya di Pakistan sakit teruk dan beliau tiada duit untuk bayar rawatannya.
Beliau kehulu-kehilir menjaja dengan penuh semangat, walaupun diri sendiri seorang pemalu…. dibuat 100% untuk ibu!
Bagaimana beliau dapat semangat ini?
Pertama:
Beliau ada “Sebab Yang Jelas” kenapa dia mencari duit.
Beliau mahu bayar bil hospital ibunya. Beliau tahu berapa nilai bil tersebut secara khusus.
Dan beliau faham berapa jualan yang beliau perlu buat untuk cukupkan duit yang diperlukan.
Kedua:
“Sebab” tersebut, bukan untuk diri sendiri, tapi untuk orang yang dia sayang.
Biasanya, kita akan berkorban untuk orang yang kita sayang, berbanding diri sendiri.
Hanya 2 perkara ini boleh memberikan semangat berkobar yang anda perlukan untuk berjaya.
Mempunyai semangat yang kuat sangat penting, kerana anda akan gagal.
“Kenapa Saya Akan Gagal?”
Kerana anda bakal buat benda yang belum biasa anda buat.
Anda mungkin kurang pengalaman bisnes, betul?
Kalau anda tak pandai berenang, dan saya tolak anda ke dalamswimming pool, apa akan jadi?
Sudah tentu anda meronta-ronta. Mungkin tenggelam!
Logik lah. Anda tak pandai berenang.
Jadi bila anda baru mula berniaga, logiklah anda gagal beberapa percubaan pertama. Logiklah anda meronta, terkapai-kapai dan tenggelam.
Mak anda masak gulai masak lomak cili api kesayangan anda pun, bukannya terus sedap pertama kali dia masak. Sudah tentu banyak kali cubaannya.
Hero bolasepak anda menjaringkan gol bukannya sekali ‘try’ sudah bolos. Cuba bilang, berapa kali beliau try?
Tapi kenapa bila anda masuk ke bidang bisnes yang belum pernah anda kuasai… anda tak bagi peluang pada diri sendiri?
Kenapa anda anggap semuanya mesti perfect, 100% OK dan berjalan lancar?
Kenapa setiap kali berlaku sedikit ujian, anda mengeluh, dan hampir putus asa?
Anda mesti sediakan otak anda, yang anda bakal hadapi kegagalan. Dan anda perlukan semangat yang besar, untuk merasainya.
Tapi INI JANJI SAYA.
Lepas anda temui kegagalan ini, anda akan cakap pada diri sendiri“Hek eleeeh, ingatkan teruk sangat.”.
OK je. Tak teruk mana pun. Relax
5. “Saya Tiada Produk”
Jika anda risau kerana anda belum ada produk…
Tahniah!
Tahukah anda, ada ramai ‘usahawan’ yang ada produk, tapi satu unit produk pun tak terjual!
Dan ada juga yang ada begitu banyak produk, tapi masalah yang sama juga – tiada yang terjual dengan baik.
Bagus sebenarnya jika belum ada produk.
Kerana ia memberikan anda ruang untuk:-
- Senaraikan idea produk yang ada permintaan tinggi
- Senaraikan idea produk yang anda minat, suka dan seronokkongsi
Biasanya bila orang sudah pilih produk yang mereka nak jual, mereka terus membayangkan empayer perniagaan hebat yang bakal mereka jalankan.
STOP!
Setelah anda dapat idea-idea untuk produk, anda perlu sahkan.Buktikan. Pastikan, yang produk anda benar-benar ada permintaan.
Anda tidak boleh ambil masa terlalu lama untuk sahkan.
Paling lama pun 48 jam.
Anda perlu menguji jika ada orang yang mahu membeli dari anda.
Setelah dapat kepastian yang ada beberapa orang sanggup membeli produk anda dengan harga yang anda tawarkan, baru lah anda masuk ke babak seterusnya dalam perniagaan anda, iaitu stabilkan bisnes.
Itu lah dia. 5 senarai kenapa 700 orang gagal mulakan bisnes.
Semoga anda dapat manfaatnya.
Sekarang, ada juga perlu tahu perjalanan bisnes anda.
Bisnes anda akan ada 3 fasa.
3 Fasa Bisnes
Bisnes ada 3 fasa utama:
- Baru start
- Baru nak stabil
- Baru mengembang
Fasa 1: Baru Start
Baru nak start bermaksud anda baru mencari beberapa pelanggan pertama anda.
Anda baru nak faham rentak harian.
Anda baru tahu cara komunikasi yang berkesan untuk menjual.
Dan anda akan belajar apa yang buat pelanggan anda takut dan lari.
Anda sepatutnya belum ada syarikat lagi.
Anda guna akaun bank peribadi anda dulu.
Anda mungkin langsung tiada apa-apa.
Tapi yang ada adalah apa yang anda jual, dan pelanggan yang membeli.
Fasa 2: Baru Nak Stabil
Di peringkat ini, anda sudah faham operasi dan perjalanan bisnes anda.
Jika anda lihat akaun bank anda, duit di dalammnya masuk secara konsisten.
Bulan 1: RM2,200
Bulan 2: RM2,115
Bulan 3: RM2,300
Pelanggan sudah mula memuji bisnes anda.
Nama anda semakin dikenali.
Tapi anda masih bekerja seorang diri.
Anda tidak mampu mahu tingkatkan bisnes kerana anda terlalu sibuk mengendalikan semua department dalam bisnes anda:
Marketing anda buat.
Jualan anda buat.
Produk, anda hantar.
Customer support, anda buat.
Beli stok anda handle.
Duit, anda manage.
Semua buat sendiri.
Dan pada masa inilah, anda akan terduduk dan tertanya pada diri sendiri…
“Macamana nak kembangkan bisnes aku lagi?”
Fasa 3: Baru Mengembang
Di fasa ini, anda mula mencari bantuan.
Anda mohon orang lain tolong layankan permintaan customer.
Dia juga yang akan bantu anda pastikan produk sampai ke tangan customer.
Anda sudah ada sedikit masa untuk pasarkan bisnes anda dengan lebih meluas.
Lebih banyak channel dan media pemasaran yang anda guna.
Lebih banyak ‘deal’ dengan rakan niaga lain yang anda buat.
Anda bermula fikir secara strategis.
Anda lihat bisnes anda dari pandangan langit.
No comments:
Post a Comment